Selasa 24 Jul 2018 01:00 WIB

Pemuda Nusantara

Pemuda adalah penyambung warisan setiap generasi.

Mohamad Riadz bin Tan Sri Mohamad Hashim Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Foto: Facebook
Mohamad Riadz bin Tan Sri Mohamad Hashim Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia

REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Mohamad Riadz Bin Tan Sri Mohamad Hashim, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (SEPUTEH)

 

Agama.

Bahasa. 

Ilmu. 

Adat.

Adab. 

Akhlak.

Pemuda yang lebih peduli dalam pembentukkan dan dalam pembangunan negara adalah pemuda yang mempunyai pegangan pada prinsip yang kuat. Ketika negara membangun, pemuda memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan masyarakat yang seimbang. Pemuda adalah penyambung warisan setiap generasi. Pemuda lah yang akan menerima dan mengurus negara pada saat kapan saja.

Tiap kali pemerintah mengekang campurtangan pemuda dalam hal pengurusan negara, pemuda pasti bangkit. Mau atau tidak, pemuda mau suara mereka didengar. Malah, pemuda mau suara mereka dipatuhi. Golongan pemuda pada dasarnya terbagi dua. Satu yang peduli. Satu lagi tak peduli. Yang peduli, seringkali terlibat dengan aktivitas dan pergerakan. Yang tak peduli, seringkali membuat hal sendiri-sendiri.

Sifat kepemimpinan di dalam pemuda, seringkali dapat dilihat di usia 15 hingga 23. Di sinilah pemuda mulai mengenali siapakah mereka. Namun, apabila pemerintah maupun pemimpin senior tidak melihat sifat kepemimpinan yang ada pada pemuda, maka negara hanya akan menghadapi tantangan demi tantangan. Negara Malaysia menjadi contoh yang nyata. Ramai pemimpin muda yang unggul telah tenggelam kerana peluang dan ruang tertutup rapi. Bukan semua, tapi ramai.

Belum lama ini, Malaysia membuat dasar agar pemuda tidak terlibat dalam politik. Tekanan dikenakan agar pelajar tidak punyai hak untuk bersuara. Mereka yang ingkar akan dibuang sekolah dan universitas. Ramai pemimpin pemimpin muda yang angkat kain putih (menyerah). Tak kurang juga yang telah dibuang, daripada terus belajar. Pemerintah pada waktu itu memberi alasan agar pemuda fokus menimba ilmu. Oleh kerana itu, ramai bakat kepimpinan jadi tenggelam.

Zaman sentiasa berubah-ubah. Zaman sekarang, informasi bisa didapat dimana-mana. Ilmu pengetahuan boleh tersebar luas dalam pelbagai pilihan media. Pemuda jugalah yang terkena dampak pada informasi ini. Pemuda jugalah yang mempunyai pikiran yang kritis dan mempunyai pandangan yang tajam terhadap isu ada saja. Kerana, pemuda lah golongan paling ramai yang bertarung setiap hari dalam menentukan arah tujuan diri sendiri dan ahli keluarganya sendiri.

Pilihan pembentukan menteri-menteri Kerajaan Malaysia hari ini, menjadi napas baru buat pemuda. Pemilihan rakyat Malaysia terhadap calon-calon muda yang bertanding di Pemilihan Umum ke-14 juga menjadi medan ujian sejauh manakah pemuda mampu memikul tanggung jawab besar dalam memimpin rakyatnya. Wakil parlimen termuda Malaysia, usianya 22 tahun. Baru lulus universitas. Menteri termuda, usianya 26 tahun. Namun, masing-masing belum diuji kental atau tidak dalam menghadapi tugas, tanggung jawab dan tantangan yang datang setiap saat.

Tidak mudah untuk menjadi pemimpin. Ianya bukan pekerjaan mudah. Memang senang mengkritis pemerintah. Tapi, tak senang untuk sampai ke tahap manjadi pemerintah. Sudah sampai menjadi pemerintah, tidak mudah pula untuk terus kekal berada di kerusi pemerintah. Ini kerja berat dan penat. Waktu untuk keluarga juga berkurang.

Namun, kenapa pemuda masih mau melibatkan diri dalam melayani rakyat? Cukup ilmu kah? Apa tujuan sebenarnya? Pastinya pemimpin muda masih belum matang. Namun, bukankah kematangan bermula dengan pengalaman pertama. Kala muda, seorang pemimpin bermula. Kemudian menjadi bertambah matang setelah melalui pelbagai tantangan dan rintangan yang nyata.

Bagus kepada Perdana Menteri Malaysia kerana membuka ruang untuk pemuda. Bagus juga kepada rakyat Malaysia yang memilih pelapis-pelapis muda untuk mewakili suara rakyat, suara keramat.

Malaysia, 19 Juli 2018

Advertisement
Berita Lainnya
Advertisement
Advertisement
Advertisement